Sport nutrition · Pengedar rasmi Malaysia

WiNSPORTS Energy Gel — AmAniz Cycling Official Distributor

Tenaga cepat serap untuk berbasikal, larian & triathlon. Order melalui AmAniz Cycling di Due Roda XTreme, Shah Alam — stok asli & nasihat penggunaan dari pasukan yang berlatih setiap minggu.

AmAniz Cycling: Pengedar Rasmi WiNSPORTS di Malaysia

AmAniz Cycling (di belakang Due Roda XTreme) menyediakan rangkaian WiNSPORTS energy gel untuk komuniti berbasikal dan pelari di Klang Valley. Sebagai saluran rasmi, kami pastikan produk yang anda beli adalah stok sahih dengan tarikh luput jelas dan label spesifikasi asli WiNSPORTS.

WiNSPORTS Energy Gel — spesifikasi utama

Pek WiNSPORTS Energy Gel — karbohidrat tinggi untuk latihan
Rujukan produk WiNSPORTS Energy Gel (karbohidrat tinggi, siap makan tanpa campuran air).

WiNSPORTS Energy Gel direka untuk memberi lonjakan tenaga yang cepat dan berkesan semasa latihan atau perlumbaan. Setiap hidangan standard mengandungi kira-kira 45g karbohidrat daripada sumber dual-carb (nisbah polisakarida emas sekitar 1:0.8 maltodextrin kepada fruktosa) untuk penyerapan lebih laju berbanding gula tunggal.

  • Energy boost: mengekalkan tahap tenaga semasa senaman berpanjangan.
  • Serap cepat: karbohidrat dwi-sumber untuk penggunaan lebih efisien.
  • Mudah dibawa: sachet kecil, terus telan tanpa perlu campur minuman.
  • Perisa: strawberry lime, oren, epal, lemon lime dan varian lain mengikut stok.
Pelbagai perisa WiNSPORTS Energy Gel

Cara guna (ringkas)

Ambil 1–2 pek dalam 30 minit sebelum mula senaman. Untuk aktiviti lebih 30 minit, ambil 1–2 pek setiap jam semasa bergerak. Sesuaikan mengikut cuaca, intensiti dan toleransi perut anda — pasukan AmAniz boleh cadangkan jadual untuk ride panjang atau event.

Baca artikel penuh tentang bila makan gel, beza kafein vs elektrolit, dan tips untuk ahli AmAniz Cycling.